Wednesday, October 28, 2009

Hari ini hari yg paling gembira selepas hari raya, aku telah berjaya memiliki senjata hikmat tahap ke 5 dari koleksi sony. Ceritanya begini:

Petang dlm pukul 4 petang (harinya adalah sama dengan post ini di postkan), aku dan rakan2 Cost Control di datangi oleh seorang minah shopping tahap gaban. Dengan membawa kabar berita yg teramat janggal pada aku, "JUSCO ada Jusco Day". menda laa Jusco day, aku sepanjang hayat tak penah lagi cuba dan ingin mencuba utk menghadiri ke majlis Jusco Day. Minah tu siap offer pinjam jusco kad. aku mana ada jusco kad. jusco2 tak main, tesco..main.

Idea2 dan ilham2 menjadi2 dlm kepala aku, nafsu serakah membuak2. Otak asik teringat ke 1 menda, ada ke tak menatang tu kat sane. ku pinjam sekeping kad jusco dari minah yg akan kawin ujung minggu ni, katanya taknak cuti. ye laa tu, expend my *tut* upon hear it( ini peribahasa org mana entah, aku mana ada tut).

Aku call bini yg paling aku sayang, pujuk rayu begini ayatnya..yana taknak pegi jusco..dengar kata jusco day, byk barang2 murah..taknak ke g jenguk barang2 dan baju2 baby( yg kediannya kedua2nya aku tak beli..hahahha).

ok, di pendekkan cerita, dah balik kerja, dah melalui jem yg aku rasa cam sial( siap ambulan lalu). sampai laa aku ke jusco, parking cantek, org tak ramai lagi aku memang cekap dengan datang awal, siap dengan safety shoe tergedik2 aku masuk jusco dan tak lupa, bersama bini tersayang.

letih aa plak menaip, aku tunjuk kan je laa hasil ziarah aku ke jusco hari ni. jeng jeng jeng,



terima lah kotaknya. mendanya tak tak dapat di ambil gambarnya. sebab mendanya laa yg mengambil gambar.

No comments:

Post a Comment