Wednesday, December 30, 2009

Wind of Change Cont..

semalam pada waktu petang, aku telah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ketua aku. aku menyatakan berhenti kerja sebab nak sambar peluang kerja baru yg aku rasa lagi mencabar dan lebih menguntungkan utk jangkamasa panjang dalam karier aku sebagai programmer. sebab aku bercita2 utk menjadi SA (penganalisa sistem). aku nak belajar dari citra selok belok SA.

di samping benefit yg lebih baik, gaji juga elok...persekiratan udara juga lebih sihat.

esok pagi, aku akan buat surat 1 bulan notis berhenti pada lead dan ajen aku.

bekerja di MMHE telah mengajar aku banyak menda, chain of command, politik ofis dan dapat aku selidik serba sedikit selok belok projek di jalankan. biarlah aku tak terlibat secara langsung tapi dari kisah2 org yg kerja kat situ aku dapat korek sedikit sebanyak ilmu kat sana.

Saturday, December 26, 2009

Once upon a time, when i was young.

Satu ketika dahulu sewaktu mula2 habis belajar. setelah menganggur 3 bulan dan berkecimpung dlm bidang penyeludupan beras.

di tawarkan kerja, peng key-in data. gaji 450 sebulan. masuk je 3 bulan gaji stop, bos kata leh dahulukan duit utk separuh gaji je dahulu. projek takdak duit nak bayar, sebab client tak bayar.

punya huruhara aku, nak bayar sewa rumah, nak buh minyak ali davidson(RG110) aku lagi, nak makan hari2. nak enjoy jauh sekali memang tak dapat lama dah.

rokok di catu serta merta. ada 3 org yg serumah kerja tempat sama, malang betul.

punya daif masa tu, tapi aku tetap berdegil, aku takkan mintak duit dari HQ(famili kat kemahang). sebab aku dah janji. sewaktu mula2 aku nak kuar dari rumah dulu, aku mintak duit dengan abah aku 500, dengan duit ni aku nak cari kerja kat johor, aku takkan mintak dah lepas tu. walau macamana sekali pun, aku takkan mintak. mati kebulur ke kebulur mati ke aku taknak mintak. lagi pun famili aku bukan org senang, abah aku skip bayar ansuran keta dia bulan tu nak kasi aku duit 500 tu.

adik aku ada yg masih belajar kat utm masa tu, dpat gak syafaat dia sket2, tapi dia student, aku takleh ambik byk sgt, nanti efek lak dia nye pelajaran, kut tak cukup makan.hahahahaha.

mula2 stop makan kedai, mula masak. yg tak pandai masak cam aku pun hampir2 jadi pandai.pastu dah tak mampu beli lauk. jadi ramai2 budak umah wat keputusan, stat beli sardin murah. sardin besar rm2 setin.

bercerita pasal sardin. bermacam2 jenis sardin aku dah cuba. ada yg seketul besar kuah sikit. ada yg kecik cam ikan bilis. ada yg tawar, hanyir dan ada yg bukan ikan sadin pun. yg paling best, 1 tin besar kongsi 6 org. wat kuah banyak2. nasib baik dapat beli 2 tin sehari. nasib tak baik setin sehari je laaa. akibat tak cukup zat, bibir aku selalu merekah.

kisah waktu ni adalah sezaman dengan topik Kawan 5 hengget dari post sebelum ni. dia salah sorang dlm 6 org tu.

seingat aku, dlm sebulan setengah kami dok layan makan sardin. kisah yg memberi pengajaran pada aku dan mungkin juga pada 5 org yg lain.

selepas 3 -5 bulan, semua tunggakan gaji di bayar. habis berjoli sakan aku, makan McD, KCF dan Pizza. kuar G-Shock MTG sebijik. hahahahaha. tak sedar diri tul. tapi sayang MTG aku tu dah hilang, barangnya aku tak kisah sgt hilang, tapi memori susah aku pada jam tu yg wat aku terkilan.

hidup ni ibarat kata pepatah org, ibarat roda, ada time susah ada time senang, bila senang tu ingat laa tak selama2nya senang. ada pasang surutnya.

Wind of Change

insyallah dlam 2 3 hari lagi aku akan umumkan. dah lama dah..

Sunday, December 20, 2009

Lawatan sambil belajar ke zoo johor

Hari ni setelah lama merancang, dapat juga aku pergi. anak dengan perangan elok, mak dia dengan tak banyak berleter. keadaan sesuai utk berjalan2. dedekat kul 12 aku bertolak dari rumah flat . sampai kat sana lebih kurang kul 1230.

masuk je ada sangkar burung. cilaka, derang kurung burung supaya bukan takleh keluar je, tapi supaya org nak tgk pun susah. ada ke dengan jaring 2 x 2 cm. camne aku nak fokus kat burung tu. cuaca elok, panas teruk. sesuai utk lens slow cam yg aku punya.

sampai laa dekat unta, binatang padang pasir yg patut duduk dlm kawasan berpasir. tapi aku tgk berkubang dlm selut. hahahahaha, kesian. round2 lagi, cari menatang lain plak. wah ada singa, tido daaa. tergolek dlm lubang rehat.

nampak cam papan tanda harimau, putar2 punya putar. bayang belang pun takde. cimpazy ada laa 2 ekor. lens tak cukup panjang, kecik je dia.

time ni aku dah stat penat. letih jugak round2 ambik gambar, tu tak dukung anak tu. dukung a550 dengan kit je. pastu aku pegi kat kawasan2 basah, tadi kawasan kering. ada flaminggo. kawasan tak bersih, tapi layankan aja.

haa yg ni part paling lawak, memerang. dia nya tawaf tak ingat, aku nak snap pun susah, last2 aku delete gambar dia. mampus laa ko memerang, tak reti dok diam.

part burung cantek, byk bagi kerja sama. kapel ramai, jadi gambar pun cun2. pergi dekat rusa dan geng2 herbivor yg lain hampeh, sekali lagi, lens pendek.

pastu aku balik, sakit belikat tak tau nak ckp. tapi siap singgah kat danga bay tu, ambik gambar bot dan g terbrau city. g test lens CZ. hahahahaha

tu baru zoo johor, kalau zoo melaka yg aku dok rancang nak g bulan 1 ni tak tau laa penatnya camne.

Monday, December 14, 2009

Celcom Broadband %##%^%&*^&%$

2 3 minggu yg lepas aku perasan, pelayaran aku ke dunia siber tidak berapa lancar. aku mengalami banyak disconnet( apa entah dlm melayunya). disebabkan pekara tersebut byk masa aku terbuang dengan menunggu utk sambung balik talian. kejadian tersebut menjadi makin ketara dlm minggu ni, gila ke apa dlm sehari berbelas2 kali aku terpaksa habiskan masa hanya untuk sambung balik talian.

bersempena adanya pc fair dekat johor bahru yg berlansung di persada johor, pagi tadi aku telah berangkat ke sana dlm pukul 1030. jalan tak jem dan paking ada. biar pun mahal ( dlm 1.70 sejam), aku puas hati dpt jugak parking. jalan2 dan tgk model2( cuba cari model yg lawa2 utk di shoot), tapi takdak. org pula, nak berjalan pun tak lepas. teringat plak zaman dok asrama kat sekolah menengah masa nak ambil makanan.

ok, berpatah balik dari mula2 masuk ke pintu masuk( yg perenggan ke 2 tu yg aku dah masuk).
masuk je ada cina ni sapa aku. kata ada hadiah percuma utk pelanggan maxis postpaid yg dah langgan lebih dari 6 bulan. aku pun ikut je laa macam lembu kene cucuk idung. pegi2, ces kene daftar talian jalur lebar maxis. percuma 2 bulan. hahahahaha, dapat laa hadiah percuma lepas putar piring hikmat yg ada byk slot2 atas tu. dapat tuala, jadi lah utk menda percuma.

skrg ni aku sedang pakai jalur lebar maxis plak. tgk ok, laju. lepas 2 bulan ni kalau khidmatnya bagus, talian stabil dan tak byk gangguan. berambus ko celcom, aku taknak dah pakai ko. sakit hati aku. serahkan pada yg pakar konon, wayang je lebih.

Friday, December 11, 2009

Dunia Dilema

Setelah berpikir panjang, aku telah buat 3 senarai utama utk aku sauk.

1: SAL1680Z 16-80mm f/3.5-4.5 Zoom
2: SAL70300G 70-300mm f/4.5-5.6 Zoom
3: HVL-F42AM

Tapi menteri kewangan membenarkan aku beli 1 item je dari di atas, dari analisis ringkas, jika sauk yg no 2, aku tak perlukan yg no 3.

item no 1 memerlukan aku beli item no 3, sebab aku setakat ni tak ada lagi flash.

Dilema..dilema..

Thursday, December 3, 2009

Senjata Hikmat Tahap 5 Telah kembali

Semalam dlm pukul 10 pagi, aku di datangi panggilan yg telah aku set nombornya, sony style tebrau. aku tau, ni mesti senjata aku dah siap utk di ambil. cam biasa, aku angkat, borak kejap 2 3 ayat. pastu letak.

aku balik umah awal, pukul 5. kul 530 dah terpacak kat umah, tgk anak aku bermain dengan kawan2 besarnya. ajak balik.

aku: "nanah, jom balik, ikut abah"
anak: "nanak, nak ain akak"(tannak, nak main dengan akak)

aku pun belah dari tempat dia dan kawan2 dia bermain tu, sambil di supervise oleh mem besar.

naik atas, layan emel jap. baca2 forum. baru teringat, eh nak kene g ambil senjata. aku cecepat call mem, mintak dia bawak naik minah tu dan siap sedia pergi jusco. ambil barang.

pergi sana, g ambil barang. sebelum tu test2 kejap. cek apa yg patut, ada calar ke, alignment lari ka. cek2 ok aku pun balik semula kerumah.

time test gambar plak, nampak ok pada mata aku, takdak beza dengan sebelum ni.

hujung minggu ni ada member kawin. leh bawak senjata aku g ambil gambar kat sana nanti. pakai kit lens jek, geram dengan lens pakcik carl. mujur takdak duit.

member aku nasihat, cari flash dulu. aku pk2, HVL-F42AM mungkin sesuai dengan ke tidak seriusan aku.hobi je beb, bukan nak bukak kedai. pasni terpaksa ruangkan masa g ronda2 cari flash plak. kat JB ni susah nak cari street price yg murah. adik beradik sony centre jel. mahal. kalau laa aku dapat pegi KL, bahagianya.

mungkin sabtu ni pegi lagi tasek, ambik gambar2 curi dan spontan, best jugak.

yana....jgn lupa behon goreng.

Thursday, November 26, 2009

Agar Kenangan Silam Tidak Berulang

semalam, pepagi dlm pukul 9 lebih. Tut..tut...tut..tut...ring ring ring(rentak lagu "secret_agent_man"), hp aku berbunyi. no. jb, mungkin org yg aku tak kenali dedekat sini yg utk main2, biasanya offer masuk insuran. aku dah ada la, berapa byk polisi nak masuk daa. di pendek kan cerita, aku angkat(baca tekan butang ganggang warna hijau).

org yg tak dikenali: en "tut" bin "tut" ke ni?

aku: sapa ni?

org yg tak dikenali: saya "tut" dari sony service center.

aku: yer saya en "tut" bin "tut", boleh saya bantu?

"tut":tujuan saya buat panggilan adalah utk memaklumkan "rakan baik kepada alat permainan baru aku"(lepas ni aku akan panggil "tut2") encik telah siap untuk di ambil. en boleh datang ke sony service center jb utk buat pengambilan "tut2". en boleh datang dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang dan dari hari isnin hingga hari jummat.
aku.

aku: eh, dah siap ek. nanti saya akan pegi ambil hari isnin ni.

"tut": baik en, ada apa yg saya boleh bantu?

aku: tadak dah. terima kasih.

"tut": sama-sama.

aku letak(baca tekan butang ganggang warna merah).

hahahahaha, rakan baik kepada alat permainan aku dah siap. sekarang tunggu alat permainan aku siap lak. lama betul, derang kata 14 hari bekerja boleh siap. ni berapa hari berkerja dah ni, dah raya haji dah esok.

3 hari lepas aku telah order 1 alat, kotak kering namanya dari sebuah laman web. tapi seperti biasa, aku kurang yakin dengan transaksi online, jadi aku emel customer service derang. boleh tak ambil sendiri atau wat temu janji kat mana2 utk ambil menatang tu dan bayar kat situ jugak. derang kata boleh, jadi hari isnin ni aku dah wat temujanji utk ambil dan bayar di satu tempat dedekat taman U.

kotak kering ni penting, utk menjaga alat2 kesayanan aku ni, utk mengelakkan kelembapan yg menggalakan/menyuburkan pembiakan fungus dan menghindari dari hama %$^#@$ yang merosakkan, alat ini mesti wajib milik. ye la, byk dah dilaburkan(dihanguskan), kene la ada alat yg baik utk protect menda tu...ala macam kita ambil insuran jugak laa. bukan apa, untuk pengelakkan dari kenangan silam(3 minggu yg lepas je) dari berulang.

Saturday, November 21, 2009

Kawan 5 Ringgit

Satu ketika dahulu kala tak kala mula,

Pagi2 sebelum pergi kerja. Aku cek duit dlm dompet, kosong. 1 helai duit pun takdak. aku masa tu tinggal bersama kawan yg masih lagi belajar. aku 3 org kerja dan ada 2 3 org yg masih belajar.

aku menghampiri kawan aku yg sedang main games atau sedang buat PSMnya. mintak pinjam duit sket. dia kata g laa ambil dlm dompetnya. ada duit sket tu. aku pun pegi la ambil dompet dia, bukak. ada duit sekeping RM 5 ringgit. Terkejut aku. takkan duit dia ada 5 hinggit pun dia nak kasi pinjam kat aku, nanti dia nak makan menda lak tengahari ni.

dia kata suh aku ambil juga. dia kata lagi. aku dah kerja, kalau aku takdak duit, org nampak aku takdak duit. tapi dia belajar lagi, org tak tau dia takdak duit ke ada duit. perghh, ayat ni aku ingat sampai sekarang. aku pun ambil duit tu. tapi aku tak sanggup nak belanjakan.

situasi ni akan aku ingat sampai bila2, akan aku ceritakan pada anak2 aku situasi ni. 1 masa dulu wujud org yg macam ni dan org tu masih ada sampai sekarang.

nota: hutang 1 ringgit yg kita terima masa kita susah takkan sama nilainya dengan bayaran balik 1 ringgit yg kita bayarnya pada masa kita senang.

Tuesday, November 17, 2009

Cekadak Hobi

15 November,
Hantar kamera dan lens ke sonystyle tebrau. masalah dengan habuk dan hama. staff sony kata body je terlibat. len sihat wall'afiat. balik umah simpan len dlm bekas.

16 November,
Len masih dlm bekas plastik tu.

17 November,
Pagi2 bangun, rasa nak cek len tu. Astaga, terkejut beruk aku. Nampak 2 ekor hama berjalan2 dlm len. Kuis2, sah kat dlm. Aduhai, kene lagi.
Kebetulan aku ada medical cekup hari ni, aku bawak len sekali pegi sony. Kali ni bukan sonystyle tebrau, tapi sony service center lak. nak tau sony mana yg efisen. RnD untuk masa depan. Byk lak cekadak org kat situ, tanya camera tu datang sekali dengan lens ke. aku ckp laa, aku beli asing2. ada yg datang sekali dengan lens tapi mahal gila. Panjang laa aku kene jelaskan pada org kat sony repair tu.

balik semula ke opis dengan kecewa.

Sunday, November 15, 2009

Kesedihan tahap dewa

Hari ni hari yg paling sedih. Alat permainan aku di serang hama. Entah macam mana hama leh masuk dalam "OVF"nya. Arghhhhhhhh!! apa dosa aku buat minggu ni sampai kene cam ni. Sabar-sabar, mungkin ada hikmah. Dah la ada hama, sensor plak ada habuk. Kene pergi Sony Center untuk "repair n service".

Lepas ni nak kene ada "Dry box" pula, duit lagi tu. Pokai-pokai, hobi baru yang cuba aku latih ni bukan hobi yang murah. Banyak mengeringkan dompet aku. Pengajarannya, jika ada benda-benda yang sensitif pada habuk dan hama ni. Perlu ada alat yang betul dan sesuai untuk menjaganya.

lagi 1, aku dah belajar dengan kawan aku, "rules of third". nak ambil gambar macro ke gambar orang ke kene kompos elok-elok. kalau main "point n shoot", baik pakai kompak kamera je.Tak perlu yg DSLR. Ada DSLR, wat cara ada DSLR. Betul juga kata dia.

Lepas ni nak kene kompos elok-elok. Jangan main shoot je gambar tanpa fikir dan nilai dengan teliti. Jangan rugikan shutter count. Adeh, pengajaran yang besar nilainya.

Sunday, November 1, 2009

Majlis perkahwinan


Lens focal length : 18mm(27mm)
F number : F4.5
Shuttler speed : 1/30 sec
ISO : 1250

Semalam kawan sepejabat aku kawin. Aku bersama rakan-rakan opis yng lain telah pergi ke majlis perkahwinan tersebut. Sambil-sambil aku "test power" alat permainan baru aku.

Friday, October 30, 2009

Permainan baru Anah..

Anak aku sukakan sangat-sangat main keretapi. Kadang-kadang belakang aku di tunggangnya untuk dijadikan sebagai keretapi. Semalam semasa pergi beli barang-barang orang kawin, sempat aku meninjau bahagian alat permainan kanak-kanak di tesco. Ternampak pula keretapi yang datang siap dengan gerabak. Aku tanpa berfikir panjang, ambil letak dalam troli. Mujur murah harganya.

Thursday, October 29, 2009

Perbandingan ISO

ISO800


ISO1600


ISO3200


ISO6400


ISO12800

Wednesday, October 28, 2009

Hari ini hari yg paling gembira selepas hari raya, aku telah berjaya memiliki senjata hikmat tahap ke 5 dari koleksi sony. Ceritanya begini:

Petang dlm pukul 4 petang (harinya adalah sama dengan post ini di postkan), aku dan rakan2 Cost Control di datangi oleh seorang minah shopping tahap gaban. Dengan membawa kabar berita yg teramat janggal pada aku, "JUSCO ada Jusco Day". menda laa Jusco day, aku sepanjang hayat tak penah lagi cuba dan ingin mencuba utk menghadiri ke majlis Jusco Day. Minah tu siap offer pinjam jusco kad. aku mana ada jusco kad. jusco2 tak main, tesco..main.

Idea2 dan ilham2 menjadi2 dlm kepala aku, nafsu serakah membuak2. Otak asik teringat ke 1 menda, ada ke tak menatang tu kat sane. ku pinjam sekeping kad jusco dari minah yg akan kawin ujung minggu ni, katanya taknak cuti. ye laa tu, expend my *tut* upon hear it( ini peribahasa org mana entah, aku mana ada tut).

Aku call bini yg paling aku sayang, pujuk rayu begini ayatnya..yana taknak pegi jusco..dengar kata jusco day, byk barang2 murah..taknak ke g jenguk barang2 dan baju2 baby( yg kediannya kedua2nya aku tak beli..hahahha).

ok, di pendekkan cerita, dah balik kerja, dah melalui jem yg aku rasa cam sial( siap ambulan lalu). sampai laa aku ke jusco, parking cantek, org tak ramai lagi aku memang cekap dengan datang awal, siap dengan safety shoe tergedik2 aku masuk jusco dan tak lupa, bersama bini tersayang.

letih aa plak menaip, aku tunjuk kan je laa hasil ziarah aku ke jusco hari ni. jeng jeng jeng,



terima lah kotaknya. mendanya tak tak dapat di ambil gambarnya. sebab mendanya laa yg mengambil gambar.

Thursday, October 8, 2009

bermula lah dunia khayalan

Di hari raya yg entah keberapa ini, bermulah lah dunia aku dalam khayalan tahap 10.