Saturday, December 26, 2009

Once upon a time, when i was young.

Satu ketika dahulu sewaktu mula2 habis belajar. setelah menganggur 3 bulan dan berkecimpung dlm bidang penyeludupan beras.

di tawarkan kerja, peng key-in data. gaji 450 sebulan. masuk je 3 bulan gaji stop, bos kata leh dahulukan duit utk separuh gaji je dahulu. projek takdak duit nak bayar, sebab client tak bayar.

punya huruhara aku, nak bayar sewa rumah, nak buh minyak ali davidson(RG110) aku lagi, nak makan hari2. nak enjoy jauh sekali memang tak dapat lama dah.

rokok di catu serta merta. ada 3 org yg serumah kerja tempat sama, malang betul.

punya daif masa tu, tapi aku tetap berdegil, aku takkan mintak duit dari HQ(famili kat kemahang). sebab aku dah janji. sewaktu mula2 aku nak kuar dari rumah dulu, aku mintak duit dengan abah aku 500, dengan duit ni aku nak cari kerja kat johor, aku takkan mintak dah lepas tu. walau macamana sekali pun, aku takkan mintak. mati kebulur ke kebulur mati ke aku taknak mintak. lagi pun famili aku bukan org senang, abah aku skip bayar ansuran keta dia bulan tu nak kasi aku duit 500 tu.

adik aku ada yg masih belajar kat utm masa tu, dpat gak syafaat dia sket2, tapi dia student, aku takleh ambik byk sgt, nanti efek lak dia nye pelajaran, kut tak cukup makan.hahahahaha.

mula2 stop makan kedai, mula masak. yg tak pandai masak cam aku pun hampir2 jadi pandai.pastu dah tak mampu beli lauk. jadi ramai2 budak umah wat keputusan, stat beli sardin murah. sardin besar rm2 setin.

bercerita pasal sardin. bermacam2 jenis sardin aku dah cuba. ada yg seketul besar kuah sikit. ada yg kecik cam ikan bilis. ada yg tawar, hanyir dan ada yg bukan ikan sadin pun. yg paling best, 1 tin besar kongsi 6 org. wat kuah banyak2. nasib baik dapat beli 2 tin sehari. nasib tak baik setin sehari je laaa. akibat tak cukup zat, bibir aku selalu merekah.

kisah waktu ni adalah sezaman dengan topik Kawan 5 hengget dari post sebelum ni. dia salah sorang dlm 6 org tu.

seingat aku, dlm sebulan setengah kami dok layan makan sardin. kisah yg memberi pengajaran pada aku dan mungkin juga pada 5 org yg lain.

selepas 3 -5 bulan, semua tunggakan gaji di bayar. habis berjoli sakan aku, makan McD, KCF dan Pizza. kuar G-Shock MTG sebijik. hahahahaha. tak sedar diri tul. tapi sayang MTG aku tu dah hilang, barangnya aku tak kisah sgt hilang, tapi memori susah aku pada jam tu yg wat aku terkilan.

hidup ni ibarat kata pepatah org, ibarat roda, ada time susah ada time senang, bila senang tu ingat laa tak selama2nya senang. ada pasang surutnya.

No comments:

Post a Comment