Tuesday, July 6, 2010

Kesengalan Tahap Maksimum

hari semakin petang, dengan rasa malas nak mampus aku bukak FB bini aku(aku kongsi akaun FB dengan bini, pemalas la katakan).

bukak fb ada "notis" dari kawan aku mengatakan FB tepon dia lambat utk mengepos posting. datang sorang lagi member aku, kata kene buat fresh installation. kebiasaanya masalah selesai.

mmm, menarik. ada istilah fresh installation, menda baru pada aku. mesti cuba.dengan rasa sungguh excited aku nak cuba. buka pc, pacak wayar. tekan restore pastu set as new phone. tanpa rasa ada apa2 kesan dan tahu secara terperinci, aku tekan button

tunggu dalam masa 30 minit semea selesai. wah, nampak lain sket dari yg sebelum ini.tetapi seme aturan antara muka dan folder telah di reset. penuh 7 muka surat.

sekali aku cek tgk contact..licin..cilaka. habis seme hilang. akibat aku ter"fresh install" tepon aku, tepon aku ibarat barangan yg segar2 dari pasaraya tesco. bebas dari noda dan dosa.

malam ni hamir 4 jam aku dok cuba cari semula contact number aku. dapat laa recover sket. pasni mampus..seme call yg aku dapat aku kene angkat, sebab aku tak kenal sapa..

pengajarannya, jika tak tau kesan dan akibat dari sesuatu proses jgn cari pasal buat. kaji secara mendalam setiap proses dan kerja dahulu. Sengal!!!

Sunday, June 27, 2010

Principle vs Privilege


Dwight D. Eisenhower,
"A people that values its privileges above its principles soon loses both"

Dalam banyak banyak quote, yang di atas adalah temasuk dalam salah 1 quote yg paling aku ingati. aku tak tau samada aku ni adalah manusia yg berprinsip atau manusia yg cuba untuk berperinsip.

3 tahun yg lepas, 3 bulan sebelum kelahiran anak perempuanku. aku telah mengambil 1 tindakan nekad utk behenti dari kerja setelah 1 daripada kehendak aku tidak dapat ditunaikan oleh majikan. dengan. setelah bebeberapa kali menyuarakan pendapat tetapi masih di pandang ringan, aku membuat tidakan behenti dari kerja dengan sebulan notis.

di waktu itu, aku tidak mempunyai sebarang pekerjaan yg menunggu. tindakan nekad ini telah menyebabkan aku menggangur lebih dari 2 bulan. atas dasar prinsip( atau cuba utk berperinsip) aku tebalkan muka menganggur di rumah mertuaku. hahahahhaa (tidak lawak pada masa itu).

4 bulan yg lepas setelah, aku kembali bekerja dengan tempat lama. dengan privilege yg lebih baik, aku terima kerja ini dengan takut. takut kembali dengan cara hidup yg lama ( tido lambat, berjalan ke hulu kehilir bercakap sorang sorang, otak yg tak berhenti berfikir dan kurang bersosial) dan aku lihat gaya hidup lama semakin kembali. di mmhe, privilege boleh dikatakan tiada, tetapi aku ada life. setiap minggu aku keluar makan angin pegi jalan2. aktif dengan cekadak hobi.

di tempat baru, aku semakin tiada masa( atau buat2 tiada masa). waktu aku makan asap makin meningkat, senjata hikmat tahap 5 aku semakin aku jarang sentuh. aku cuba untuk kembalikan hobi yg aku dah laburkan aktif semula. 3/7 ni aku kene pergi kelas flash. macam mana pun aku kene pergi.

Sunday, January 17, 2010

70300G

Setelah 1 minggu menunggu, akhirnya saat ini tiba jua.


Mendapat panggilan dlm pukul 2 ptg lebih semalam telah membuatkan aku tidak keruan. aku yg masih lalok2 tido atas sopa pendek, bangun dengan tergesa2 menjawab panggilan telefon. yeahhhhh!!!!...aksi spontan..bini aku terkebil2 tgk..

aku: yana, cepat mandi..mandikan nana sekali..kita g jusco.
yana: org dah mandi laa, dia tu yg tak reti nak mandi..
aku: yeke?. hehehe..ok ok..(wat muka 25 sen, aku g laa mandi)
nana: ye ye..eko..eko..nak ikut..

cecepat aku bersiap, ambik beg messenger isi dengan peralatan..terus pegi jusco.

sampai sana, jumpa amoi tua tu. belek2 lens tu....damn fast(habis awek2 kat situ aku shoot). pastu tanya ada tak super HMC(sejenis filter). dia ckp tadak, tapi dia tunjuk model lain..aku dengan excited try menda tu kat lens baru aku..otak dah tak fokus dah( yg kedianya aku kesali)

dom dam dom...bayar...belah dari kedai...ajak bini aku makan, ajak makan KFC. uwekk..ayam lagi..aku dah takleh masuk dah ayam...pastu g makan kat kedai mendah entah...bini aku oder ayam..aku order ikan..nana order kentang..hahahaha

lepas tu habis je makan..dekat kul 5..cantek..ajak bini aku g tasik dekat masjid jamek pasir gudang..kat sana byk menda2 yg aku leh shoot.

dan ni laa hasilnya shooting aku hari ni.

LIKE MOTHER LIKE DAUGHTER


Bunga yg aku tak tau nama

1 lagi bunga yg aku tak tau nama



hasilnya memuaskan hati aku. tapi malam tadi aku di spoil kan oleh 1 menda. sementara aku dok godek2 kedai2 online..aku dapati filter yg aku beli adalah mahal 70 hengget dari street price..1 tangki penuh minyak keta aku...

Tuesday, January 5, 2010

Di malam itu - sebuah epic

kisah yg akan aku huraikan di bawah adalah cerita yg kebanyakannye adalah kisah benar. cuma bila ada sesetengah keadaan dan cerita aku tokok/selit tambahkan supaya sedap di baca dan utk cover part2 yg aku dah lupa..dah 12 tahun beb..12 tahun lepas..maka jadilah epic...hahahahahah


kisahnya begini..

satu malam yg normal, aku dan rakan2 lain sedang study kat dewan makan. jam mula mendekati jam 12 tengah malam. tetiba nyamuk singgah di leher aku. aku dengan pantas.. papp!!!..mampus ko. cari pasal.

tetiba seorang rakan study aku ajak usik2 budak perempuan, takut2kan konon2nya. aku cam biasa, malu2 sengan2. tapi akhirnya join jugak.

sebelum itu mari aku ceritakan layout asrama kitaoang. asrama desa skolah kami adalah merupakan 1 deretan bangunan 2 tingkat. 1/4 kawasan lelaki iaitu separuh tingkat bawah dan 3/4 asrama perempuan iaitu separuh tingkat bawah dan keseluruhan tingkat atas. jadi kawasan asrama lelaki adalah diatasnya asrama perempuan.

berbalik pada kisah kacau2 budak ppn, kami 2 3( atau mungkin lebih..tak ingat..ni bab epik nih) lontar anak batu pastu sembunyi muka balik atap. 2 3 kali petama lepas..hahahaha, best best.

sekarang tiba turn aku plak, baru je angkat tangan nak lontar anak batu, ada sorang penghuni asrama jenguk. maka terkantoi laa aku sorang. masa tu aku mula laa rasa banggang, apsal aku join seme nih. kan tak pasal2 dan kantoi. seme budak2 lain dan termasuk aku lari masuk dlm dorm. dok pk budak tu report ke tak nanti.

esok pagi, cam biasa g kelas dan sebagainya..pastu balik makan tengahari. sampai2 je(bab ni aku ingat2 lupa, kene sebelum makan ke selepas makan), warden asrama datang. cikgu harith namanya, cikgu yg sepak kaki budak sampai patah. datang cari aku. i'm doommmmm..

yg lawaknya aku di panggil ngadap dia di dewan makan perempuan. perghh, ramai gila. seme tengah makan. dan aku dok ngadap derang. depan aku cikgu yg sepak kaki budak sampai patah tu, cikgu harith.

kat situ dia soal siasat aku, ambik pengakuan. aku ngaku je laa aku buat, dah org nampak muka aku. kalau tak nampak, aku tak ngaku dah. lepas tu dia tanya lagi, siapa lagi rakan subahat aku. haa yg ni bab susah, aku ckap ni seme kerja aku sorang. takdak sapa2 lagi yg terlibat. aku berkeras ckp takdak org lain. tapi cikgu tu berkeras kata aku ada rakan subahat. mungkin budak ppn tu ckp ada lagi org lain yg terlibat sama.

dia pun bawak aku balik ke dorm lelaki, panggil seme budak dan buat kawat cam. buat laa kawat cam, aku takkan ngaku ada rakan subahat. pada aku, sapa yg kantoi kene pandai jaga rahsia. dia siap tengking sapa lagi terlibat. aku boleh di kenekan tindakan oleh pihak asrama. cuak2.

aku yg dlm pada tu cam dah takdak cahaya di hujung terowong/longkang..tetiba mendapat talian hayat. sorang rakan subahat aku melangkah dari barisan kawat cam dan buat pengakuan sendiri bahawa dia terlibat sama. selepas itu sorang lagi. pastu sorang lagi. pastu seme kuar dari barisan buat pengakuan, sampai sapa yg tak join pun ngaku sekali.

apa lagi kompius cikgu tu, langsung bagi je amaran dan tutup kes. hahahahahahaha.

kisah ini selalu aku ingat, cuma makin lama detail nya makin hilang dari ingatan. tujuan aku tulis kisah ni adalah supaya satu hari nanti di saat aku lupa, aku masih dapat recall dengan membaca blog ini.

p/s: one for all, all for one.

Sunday, January 3, 2010

Lesson learn


Exposure: 0.067 sec (1/15)
Aperture: f/6.3
Focal Length: 16 mm
ISO Speed: 800

Hari ni aku ke danga bay utk snap2 gambar boat. bawak anak dan bini g jalan2 kat area baru yg aku tak penah pergi lagi.

sampai di sana, aku di kecewakan dengan hujan lebat. nak wat camne, nature call. layan laa dulu hujan dengan masuk mall(aku rasa laa, sebab tempat ni besar).

pastu g makan kat tepi mall tu, sedap jugak makanannya. bini aku yg jenis makan sket pun ditibai habis sepinggan nasi goreng kampung. aku pulak nasi putih ayam merah. merahnya banyak dan ayamnya sket. hahahahaha, adat laa bila seme barang naik.

lepas tu tunggu bini aku g surau, aku g kawasan rumah2 contoh daerah2 di johor. aku snap anak aku model. tapi degil, nak main lopak air je kerja dia. habis basah seluar.

dlm pukul 7 aku pegi kat tepi laut, teruk bau dan airnya. kalau laa jambatan bengkok dapat diteruskan. dapat ambil sekeping 2 gambar, tak menarik..tapi boleh laa utk aku belajar dan trial n error setting2.

pastu g jalan2 kat bot2. masa tu cuaca dah makin gelap tapi ada lagi cahaya2 di ufuk.
sampai je diboat aku cuba seting2 kamera aku, 1/15, f6.3, iso800.

balik umah aku post gambar ni kat forum, dari komen2 otai2. under expose. beberapa cadangan telah di nyatakan utk memperbaiki lagi mood dan detail gambar tersebut, antaranya:

1: guna dedahan yg lebih lama, ini memerlukan penggunaan tripod
2: 1 step down apature nya. mungkin kepada 5.6, menda baru yg aku belajar ari ni, jika focal lengh kurang dari 50mm(mungkin pada FF) dan pada fokus infiniti...bokeh tidak terjadi. jadi kita leh turunkan apaturenya utk mendapatkan cahaya yg cukup.
3: guna iso yg lebih tinggi utk mendapatkan cahaya cukup pada gambar tu.
4: snap guna RAW format, supaya kita boleh repair sana dan sini gambar2 kita dengan lebih bebas.

Friday, January 1, 2010

Dunia Dilema Episod 2

Hari ni aku dah nekad, aku nak sambar 70300G. aku akan pergi ke semua kedai yg ada menatang tu (yang kedianya aku gagal dan terbeli menda-menda lain).

lepas jummat dlm kul 1430, aku ajak bini dan anak aku jalan2 kat angsana, kedai pertama yg aku kene pegi jenguk.

sampai sana aku pegi tingkat 3, tanya, lens sony ada. dengan blur dia jawab..tak jual. cess.

pastu aku pegi kedai hujung dekat reject shop, tanya lens ni, mahal aa plak dia offer.

pastu aku pegi kat kedai mee too, tanya 3 item yg dlm Dunia Dilema di post yg lepas. sme item ada kecuali yg 70300G. yg hampehnya rega dia dah siap kasi, tapi barang tadak...woit tukang jual, lain kali ckp laa barang takder dulu. ni cakap rege dulu.

alang2 aku dah datang, aku tanya rege 1680Z dan Flash 42AM(nama tak betul ni, aku lupa nama penunya). dem, teracun. siap tanya rege dan sebagainya.

pastu aku tanya, ni rege cash ke CC. dia cakap cash, kalau cc rege lain. kene tambah 2.5%...abah dia. gila tul, takkan aku nak bawak cash banyak tu wat jalan2. aku pun tanya laa mana bank terdekat, aku g ambik duit. aku tak sanggup di tambah dengan fees yg tak patut dengan hanya menggunakan cc.

lepas kasi persetujuan aku nak barang tadi. aku kata nak test tgk. dia dengan senang linang bukak dan kasi test. dia attachkan menda2 tu kat A500. lagi lawa dari A550 aku. aku punya dual warna, cam bapuk. A500 lagi nampak kejantanannya. nak wat camne, masa aku nak beli dulu model A500 tak der lagi kat malaysia.

try punya try, bayar laa aku hendaknya. mujur bini aku tak masam muka, cuma dia kata...aik, dah lebih bajet tu. kata nak beli 1, ni 2 tu.(hahahaha, dia tak tau benarnya.. kalau ada 3 masa tu, 3 3 tu aku rembat seme).

jadi aku blah dari angsana dengan sengkek banyak dari sebelum aku masuk kesana.

di bawah ku lampirkan Haul aku hari ni...