Tuesday, January 5, 2010

Di malam itu - sebuah epic

kisah yg akan aku huraikan di bawah adalah cerita yg kebanyakannye adalah kisah benar. cuma bila ada sesetengah keadaan dan cerita aku tokok/selit tambahkan supaya sedap di baca dan utk cover part2 yg aku dah lupa..dah 12 tahun beb..12 tahun lepas..maka jadilah epic...hahahahahah


kisahnya begini..

satu malam yg normal, aku dan rakan2 lain sedang study kat dewan makan. jam mula mendekati jam 12 tengah malam. tetiba nyamuk singgah di leher aku. aku dengan pantas.. papp!!!..mampus ko. cari pasal.

tetiba seorang rakan study aku ajak usik2 budak perempuan, takut2kan konon2nya. aku cam biasa, malu2 sengan2. tapi akhirnya join jugak.

sebelum itu mari aku ceritakan layout asrama kitaoang. asrama desa skolah kami adalah merupakan 1 deretan bangunan 2 tingkat. 1/4 kawasan lelaki iaitu separuh tingkat bawah dan 3/4 asrama perempuan iaitu separuh tingkat bawah dan keseluruhan tingkat atas. jadi kawasan asrama lelaki adalah diatasnya asrama perempuan.

berbalik pada kisah kacau2 budak ppn, kami 2 3( atau mungkin lebih..tak ingat..ni bab epik nih) lontar anak batu pastu sembunyi muka balik atap. 2 3 kali petama lepas..hahahaha, best best.

sekarang tiba turn aku plak, baru je angkat tangan nak lontar anak batu, ada sorang penghuni asrama jenguk. maka terkantoi laa aku sorang. masa tu aku mula laa rasa banggang, apsal aku join seme nih. kan tak pasal2 dan kantoi. seme budak2 lain dan termasuk aku lari masuk dlm dorm. dok pk budak tu report ke tak nanti.

esok pagi, cam biasa g kelas dan sebagainya..pastu balik makan tengahari. sampai2 je(bab ni aku ingat2 lupa, kene sebelum makan ke selepas makan), warden asrama datang. cikgu harith namanya, cikgu yg sepak kaki budak sampai patah. datang cari aku. i'm doommmmm..

yg lawaknya aku di panggil ngadap dia di dewan makan perempuan. perghh, ramai gila. seme tengah makan. dan aku dok ngadap derang. depan aku cikgu yg sepak kaki budak sampai patah tu, cikgu harith.

kat situ dia soal siasat aku, ambik pengakuan. aku ngaku je laa aku buat, dah org nampak muka aku. kalau tak nampak, aku tak ngaku dah. lepas tu dia tanya lagi, siapa lagi rakan subahat aku. haa yg ni bab susah, aku ckap ni seme kerja aku sorang. takdak sapa2 lagi yg terlibat. aku berkeras ckp takdak org lain. tapi cikgu tu berkeras kata aku ada rakan subahat. mungkin budak ppn tu ckp ada lagi org lain yg terlibat sama.

dia pun bawak aku balik ke dorm lelaki, panggil seme budak dan buat kawat cam. buat laa kawat cam, aku takkan ngaku ada rakan subahat. pada aku, sapa yg kantoi kene pandai jaga rahsia. dia siap tengking sapa lagi terlibat. aku boleh di kenekan tindakan oleh pihak asrama. cuak2.

aku yg dlm pada tu cam dah takdak cahaya di hujung terowong/longkang..tetiba mendapat talian hayat. sorang rakan subahat aku melangkah dari barisan kawat cam dan buat pengakuan sendiri bahawa dia terlibat sama. selepas itu sorang lagi. pastu sorang lagi. pastu seme kuar dari barisan buat pengakuan, sampai sapa yg tak join pun ngaku sekali.

apa lagi kompius cikgu tu, langsung bagi je amaran dan tutup kes. hahahahahahaha.

kisah ini selalu aku ingat, cuma makin lama detail nya makin hilang dari ingatan. tujuan aku tulis kisah ni adalah supaya satu hari nanti di saat aku lupa, aku masih dapat recall dengan membaca blog ini.

p/s: one for all, all for one.

1 comment:

  1. Hahah... aku ingat lagi cerita nehh... mung dgn groe sebulan sekali kalu lepok2 bual, mesti akan tubik cerita nehh... aku rasa dekat 10 kali doh aku dengar... dan setiap kali aku dengar aku akan suko golek2... hahaha... memey lawok cerita nehh... worth to share... aku bulih imagine kalu aku duk kantin tu tgk mung kena pajey diri di depey sek2 puan... huhu...

    ReplyDelete